"eh hello..malam sikit ek. kalau setakat muka macam korang ni, berlambak kat Pasar Payang tau!" Aleena sengaja menyakitkan hati mereka.
"hei, mulut kau ni memang tak ada insurans langsung kan?" Aleena menjelirkan lidahnya.suka benar lihat mereka marah.puas hati.
"dah la Jedi,Aslah..aku nak call Aisya. sampai hati betul dia tak ingat birthday aku" lantas Aleena mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Aisya.
"eh. kau bawa handset ke sekolah ek?" buntang mata Jedi dan Aslah.
"sshh...diam-diam sudah la..ala..macam tak biasa." Aleena tersengih-sengih apabila menyedari rahsianya bocor.Juwaidi dan Aslah hanya mengangkat bahu tanda tak kisah. berkerut-kerut muka Aleena ketika bercakap dengan Aisya.lepas je dia bercakap dengan Aisya,dia terus memandang Aslah dan Juwaidi.
"ada apa-apa korang nak explain or say or whatever kat aku? sebelum aku cincang-cincang korang macam mak aku blender bawang!" Aslah dan Juwaidi ketawa tebahak-bahak. tak sangka rancangan mereka untuk kenakan Aleena berjaya.
"eh,bukan salah kami ek..kau tu yang tak ingat tarikh." Juwaidi cuba berlagak cool.
"malaun betul korang ni! putus fius betul..birthday aku lagi dua hari la bangang. korang memang suka kan tengok aku kena tipu. ish..macam manalah aku boleh percaya kata-kata womenizer macam korang ni. huh! ok la..aku nak balik. lama-lama aku duduk sini boleh kena penyakit jantung, migrain and macam-macam lagi.entah-entah sakit kencing manis pun aku dapat. bye!"Aleena pantas mengambil beg sandangnya dan pulanh ke rumah meninggalkan Juwaidi dan Aslah yang belum habis-habis ketawa.
===================================
"Leena..heppy birthday to you. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu and cepat-cepat dapat jodoh" belum sempat Aleena duduk, dia disergah oleh Aisya. hampir terlompat dia dek terkejut yang amat.
"terima kasihlah Aisya..kau ni..aku belum sempat duduk kau dah terjah aku lagak aku primadona lak. apa-apa pun thank ye! sayang kau Aisya Insyirah binti Fauzi"
"nah, untuk kau" Aisya memberikan sebuah kotak yang disampul cantik berwarna pink.
" aik,ada hadiah juga ke? tapi apa pasal warna pink? kau ni..saja je kan..dah tahu aku anti pink" komen Aleena tapi tangannya terus menyambar kotak tersebut. Aisya hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat teletah kawannya itu. nampak je brutal tapi dalam hati ada taman.
"ingatkan tak nak ambil"
"eh.dah orang bagi. takkan tak nak ambil kot.tolak rezeki tu. aku buka kat rumah ek, cikgu dah masuk tu" mereka terus menuju ketempat duduk masing-masing.
===================================
" Leena,aku balik dulu ek,aku nak ke hospital" terang Aisya tergopoh-gopah. Aleena hanya mengangguk. hari ni dia kena pulang sendiri tanpa Aisya.
"Leena ! Leena !" Aleena tidak berpaling. sudah kenal benar denagn suara itu. Harith terkejar-kejar menuju ke arah Aleena.
" Leena, tunggulah aku, aku nak cakap sesuatu ni !" pujuk Harith separa merayu. letih kakinya cuba menyaingi langkah Aleena. tiba-tiba Aleena berhenti.
"kau nak apa? sudah-sudahlah ganggu aku. macam tak ada orang lain kau nak ganggu. kan aku dah ganti side mirror motor kesayangan pengarang jantung kau tu. nak suruh aku buat apa lagi? basuh motor kau? sorry lah..aku bukan kuli kau. basuh sendirilah." dengan senafas Aleena menghembur Harith. penat mula terasa.
"dah habis?" tanya Harith memerli.
" aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau, aku tahu aku salah. banyak sangat kesalahan aku pada kau. actually, aku la yang letak lipas dalam beg kau. aku jugak yang sorokkan kasut kau masa kau masuk makmal ICT. bocorkan tayar motor kau. tapi sekarang aku menyesal.aku betul-betul minta maaf. kita kan nak exam. kau maafkan aku ek?" harith menunjukkan muka sedihnya.
" aku..ermm..aku...tak tahu lah..ok lah..aku maafkan. tapi janji jangan buat lagi tau" Aleena tersenyum. dalam hatinya dia bersyukur Harith akan berubah.
" Leena, sebenarnya saya nak bagi ni. happy birthday" Harith menghulurkan sebuah kotak kearah Aleena lalu berlari meninggalkan Aleena tanpa sempat Aleena mengucapkan terima kasih. bibirnya mengukir senyuman apabila melihat hadiah pemberian Harith. tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak itu perlahan-lahan. tanpa diduga, empat ekor katak berada di dlam kotak tersebut. seekor katak melompat ke arah mukanya, nasib baik dia menutup mulutnya..kalau tak...... seekor lagi melompat ke atas tangannya. Aleena menjerit sekuat hatinya kegelian. katak yang sebesar tapak tangannya dengan gembira melompat dari kotak tersebut.dengan badannya yang berkilat macam pakai minyak rambut betul=betul menggelikan. Aleena menyumpah-nyumpah Harith yang telah mempermainkannya itu.
****************************** bersambung
by ;
Suke story Denana? LIKE jer ! :)
LIKE Fan Page Denana sekali yer? :)