"tulah masalahnya . aku ingat dia main-main je. lepas je aku cakap tak nak, dia terus panggil cikgu Rozi. tak sempat aku halang apa yang dia nak cakap. rasa nak hempuk je kepala dia dengan topi keledar. sebelum dia bagitahu cikgu Rozi, aku blah bodoh je." dengan penuh perasaan Aleena bercerita kepada Aisya.
"hahaha...nak sangat bermain api. nah, terimalah panasnya api tu dengan hati yang berbunga-bunga. padan muka kau. eh,ok la...dah petang sangat ni...hajat nak study dengan kau..dah kau bawa cerita menarik plus sensasi yang deboom ni...takkan nak buat dont know je kan? jom balik. kita jumpa esok pula ye." Aleena mengangguk menggiakan ajakan Aisya. dia begitu penat hari ni. macam-macam perkara buruk terjadi pada dia. pagi tadi dia terlanggar pintu bilik air. tak pasal-pasal timbul bola golf kat dahi. di depan sekolah pula dia terpijak tahi kucing. bau..ya Allah..mengancam! dah la dalam kelas tak semena-mena dia jatuh kerusi..huh! free show habis..semua orang gelakkan dia. malu siot! hari ni betul-betul hari yang malang bagi dia.sebal betul rasa hati tambah-tambah kejadian di tempat parking motor tadi.menyesakkan jiwa raga betul. dengan hati-hati Aleena bangun, takut terjatuh kerusi lagi. Aleena melangkah longlai ke arah skuter pink kesayangannya itu.
"farrah Aleena, Leena! tunggulah aku" Aleena berpaling mencari tuan punya suara yang memanggil namanya. siap dengan nama penuh lagi lagi. nasib baik tak sebut sekali nama ayah aku. detik hati Aleena. dalam sedang mencari-cari orang yang memanggil namanya, dia terlihat kelibat seseorang di sebalik tiang sedang tersengih melihat ke arahnya. sah! memang si mangkuk tu. Aleena terus berlari menuju ke arah motornya. dalam fikirannya, dia ingin cepat-cepat sampai kerumah. tak sanggup nak berdepan dengan makhluk halus tu lagi. malangnya,dia terlanggar tiang di hadapannya. berdengung kepalanya seketika. dia terdengar suara orang ketawa. malunya bukan kepalang. terus dia mengambil motornya dan pulang ke rumah. sempat lagi Aleena mendengar suara sumbang Harith dan gelak ketawa kawan-kawannya.
"buat apalah kau pergi peluk cium tiang yang boleh dikategorikan sebagai besi buruk ni.baik kau peluk aku.aku tengok macam nak patah je tiang ni. mesti sakit kan? hahahaha...''
===================================
sedar tak sedar,sudah 8 bulan Aleena,Aisya dan pelajar-pelajar lain bersekolah di tingkatan5. tahun ni merupakan tahun yang penting bagi mereka kerana tahun ini jugalah mereka akan menduduki peperiksaan SPM. cuma tinggal sebulan lebih lagi.
"huh! letihnya hari ni...pagi kelas,petang kelas..malam ni pun kelas" Aleena mengeluh keletihan. Aisya sudah pulang kerumah kerana igin melawat neneknya yang sakit. Aleena pula tidak biasa pulang awal ke rumah tetapi paling lewat pada pukul 5.30petang. dia bimbang emaknya risau kalau dia pulang lewat. sedang asyik termenung, dia terpegangkan sesuatu dalam mejanya. sekuntum bunga plastik dan sekeping kad berbentuk hati colour pink. "cintaku padamu tidak akan mati selagi kelopak bunga ros ini tidak gugur" Aleena tersenyum. dia terfikir-fikir siapakah lelaki misteri yang memberi kad tersebut. romantik betul. memanglah kelopak bunga ni takkan gugur kerana bunga ni bunga plastik.sebenarnya sudah banyak kali dia menerima kad-kad comel daripada seseorang ni. dia hanya menyatakan bahawa dirinya secret admirenya dan di setiap kadnya tertulis HLML.
"hai sayang..sorang je ke? kami berdua temankan boleh?" tersentak Aleena dari lamunan. dia berpaling kearah Aslah dan Juwaidi a.k.a Jedi. herm,dah agak...memang dua ekor cicak ni pun yang suka ganggu aku. aku hempuk kepala diorang..nangis tak berlagu dan tak bermelodi karang.
"korang nak apa?"
"amboi..garangnya sayang. kami just nak wish Happy Birthday je kat kau. hari ni birthday kau kan?" Aslah memberitahu tujuan sebenar mereka.
"oh,yela...terlupa pulak aku. terima kasih. aku ingatkan lusa birthday aku.nampaknya aku silap tarikh ek? thanks ek korang. korang la orang pertama yang wish kat aku hari ni. terharu betul. ingatkan cicak macam korang ni perangai macam mengkarung. rupanya perangai macam cicak jugak ek..hahaha"
'amboi..amboi..aku cabai mulut hang baru tahu. cicak-cicak ni juga yang kau tergila-gilakan nanti" Juwaidi mengangkat kening double-jerk.
************************* bersambung
by ;
No comments:
Post a Comment
terima kasih drops comments
esok-esok drops lagi yer :)